Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Mahu Kurus Dong!!!.......
Tuesday, December 21, 2010 @ 1:02 AM | 0 Comment [s]

kurus.. semua mahu kurus. siapa yang tak mahu kurus?.. cuba dapat body macam Megan Fox konfirm bahagia hidup i. tetapi, pandangan masyarakat sekarang banyak dah berubah. bahkan ada yang tidak kisah jika berbadan gempal. ala-ala chubby gitu. malah, kebanyakkan lelaki juga berpendapat, wanita bertubuh agak berisi ni comel. hmm, diaorang tu suka sebab sedap peluk. ye tak?..hihi

tetapi, bagi perempuan pula, mereka mahu kurus sebab kebanyakkan baju yang dijual di shopping complex adalah bersaiz  S. jadi salah siapa ramai wanita mati kerana penyakit anoreksia? salah siapa ramai wanita menjadi orang yang paling merendahkan diri dalam dunia ni? i tak nak salah sesiapa. tetapi, i juga pernah rasa semua itu kerana i salah seorang yang bersaiz XL

bayangkan, setiap hari diejek di sekolah, sampai dah masuk kolej pun masih ada yang mengejek. sampai i rasa nak mati pun ada. tapi i masih ingat Tuhan. i cakap dengan diri i, nak tengok sangat i kurus, FINE. kita tengok.

jadi, i pun tekad. selama hampir 8 bulan i tak sentuh nasi. makan hanya sekadar bihun dan makanan yang berunsur protein. i jugak lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk melawaskan penghadaman. almaklumlah, i ni payah sebenarnya nk tutt~~.. hehe. malulah i. selain itu, i banyakkan minum air dan bersenam. biar dalam seminggu tu, sekali-2 je pegi jogging. huhu.

cuma i kadang-kadang kesal kenapa masyarakat masih ada yang mengejek orang Besar macam kami ni. apa kami ni tak punya perasaan? kami ni tunggul kayu ke? atau kami ni selaras dengan orang yang layak dihina dan dimalukan? sedarlah sikit. kita datang dari Tuhan yang sama, dari benih yang sama iaitu Nabi Adam a.s dan Hawa, datang dari negara dan negeri yang sama. jadi kenapa perlu nak menghina golongan kami ni? untuk kepuasan diri atau untuk membangga diri sendiri. sendiri pikirlah ye. i malas nak cakap.

syukur alhamdullih yang i sekarang dah semakin kurus dari dahulu. bayangkan dari 67 kg turun sampai 56 kg. hm, macam nak mati tau. nasib ada orang nak. kalau tak, sia-sia je. so, fikir-fikirkan dan selamat beramal~~

peace no war~~


dari 67 kg ke 56 kg. percaye, jangan tak percaye...
hehe~~


kredit untuk zatil akmar sebab bagi i reason untuk kurus..hehe.. thnks kak..


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers