Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Cincang Nenek Kerana Berang
Thursday, August 25, 2011 @ 8:23 PM | 0 Comment [s]

TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenak mati dalam keadaan tragik apabila dicincang  seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin.

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.

Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenal Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.

Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.

Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuanya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

Suspek yang mengalami masalah kemurungan mengaku membunuh neneknya kerana geram selepas disuruh masak nasi.

Abdul Hamid memaklumkan kejadian kepada polis dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah, berkata suspek yang juga cucu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

"Dalam laporannya, anak mangsa memberitahu sebaik masuk ke dapur, dia terkejut apabila mendapati ibunya terbaring dan sudah tidak bernyawa selain tubuhnya seperti dicincang, manakala anak gadisnya berada di sisi mayat sambil memegang pisau," katanya.

Beliau berkata, polis tutur menemui senjata dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Macam-macam la zaman sekarang. Anak bunuh bapak, cucu bunuh nenek. Jap lagi, siapa-siapa bunuh siapa pulak ye ??


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers