Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Cinta Muka Buku dari Najwa Latif
Tuesday, August 23, 2011 @ 11:12 PM | 0 Comment [s]

Sekarang ni semakin ramai artis yang terlahir dari Youtube, Myspace dan berbagai. Contoh paling besar Yuna. Dia mencipta lagu dan menyanyi di laman Youtube, terus diangkat sebagai artis yang berbakat besar hingga berpeluang ke luar negara untuk melakukan persembahan di sana.

Kini, kita ada lagi artis yang berbakat besar yang terkenal melalui youtube iaitu Najwa Latif. Baru-baru ini, atau boleh dikatakan lama la juga sebab saya pun baru dengar tentang ini, beliau telah dicalonkan dalam Muzik-muzik dengan pencalonan baru melalui lagu Cinta Muka Buku.

Katanya apabila ditemubual, beliau meletakkan video dia menyanyikan lagu hasil ciptaan kakanya dan Najwa sendiri, hanya sekadar suka-suka. Video dimana dia menyanyikan lagu itu di dalam kereta sambil bermain gitar menjadi tumpuan sehingga kini dia di kenali dia dunia hiburan.

Najwa yang merupakan pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor, sudah pun dilamar NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis rakaman.

Najwa Latif - Cinta Muka Buku

Tahniah Najwa. Kiteorang bangga dengan kamu. Jangan hampakan orang Batu Pahat yep.


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers