Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Ya ALLAH, Selamatkan Lah Ayah Ku
Thursday, August 25, 2011 @ 4:17 AM | 0 Comment [s]


Pagi td, aku masih lena diulit mimpi bila ibu tiba-tiba call aku dan suruh aku siap-siap untuk amik ayah kat tempat kerja beliau. Aku dengan tak mandi nya terus siap ala kadar je. Cuci-cuci muka, tukar baju dah. Bila ibu sampai depan rumah, aku cepat-cepat tutup pagar dan masuk lam kete. Aku tak nak lengah-lengahkan masa.

Sampai je kat tempat kerja ayah, dia nampak macam okey. Tapi dia ckp kepala dia sakit. Bila sampai hospital, doktor order CT Scan and MRI. Aku dah agak ada yang tak kena. Mungkin meningitis ( jangkitan pada otak ). melihat dari simptom-simptom dia, memang sama. Percakapan yang merapu, tak kenal orang malah tak ingat datang hospital dengan siapa. Lama aku tahan air mata tapi mengalir jugak bila tengok ayah dalam kesakitan. Anak mana yang suka tengok ayahnya sakit.

Aku turut sedar yang ibu pun sudah mengalirkan air mata namun dia sembunyikan daripadaku. Aku tahu dia mahu kelitahan tabah dan kuat. Tapi aku dapat rasa semangatnya kian luntur.

Lama kami menunggu di hospital. Akhirnya ayah dibawa ke ICU ( Intensive Care Units ) dan doktor dah doagnose dia dengan MINOR STROKE WITH ENCEPHELITIS. Nak gugur jantung aku dengar. Saat itu baru aku sedar yang AYAHLAH ANUGERAH ALLAH.

Ayah, along minta maaf ye. Along banyak buat salah pada Ayah. Along doakan Ayah sihat. Insyallah. 


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers