Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Bila Suami Isteri Bergaduh
Saturday, December 17, 2011 @ 10:41 PM | 0 Comment [s]


So, hari ni aku nak buat entri pasal suami isteri. Biar pun aku tidak lagi berumah dan bertangga, tetapi bila tengok orang bercerai berai, sedih pulak. Yelah, sepatutnya bila berumahtangga, kesudahannya haruslah bahagia. Tapi lain pulak yang jadi.

Macam kes Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, atau lebih dikenali sebagai Jimmy Shanley yang terkenal dengan program pengacaraannya dalam Trek Selebriti yang baru-baru ni mengfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya kerana isterinya telah memungkiri janji untuk menjadi isteri yang solehah dan mengubah perangai buruknya yang suka berjudi dan mementingkan kawan dari rumahtangga mereka.

Namun, setelah sekian lama mendiamkan diri, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, akhirnya membuka mulutnya menceritakan keburukan Jimmy kepada salah seorang ahli keluarganya yang rapat. Beliau mendakwa Jimmy suka memukulnya walaupun usia perkahwinan mereka baru menginjak 3 minggu. Malah kes beliau lebih mementingkan kawan, Suhaila membalas dengan kenyataannya yang beliau sendiri pelik apabila Jimmy kurang berkawan.

Itulah, masa nak kahwin, tak check betul-betul. tahu kahwin je. Hahaha.. Cakap macam dah kahwin lak aku ni. Sepatutnya, sebelum kahwin kenalah kenal hati budi, perangai buruk pasangan pun kena tahu. So, bila dah kahwin nanti, tahulah cara nak handle. Ini handle dengan tangan. Memang tak jalan sayang. Even dalam agama cakap, tangankan isteri bila dia tak ikut cakap suami. Tapi kalau tak kena dengan gayanya memukul pun, tak jadi apa jugak. Silap haribulan, masuk mahkamah sebab mendera isteri.

Jadi, Mr. Heart, kita kena saling memahami ye. Kena lebih mengenali hati budi masing-masing. Nanti dah kahwin takdelah macam kes artis ni. So, kita akan happily ever after. Huhuh~~

Pape pun, hope diorang temui jalan penyelesaian yang lebih baik daripada bercerai or saman-menyaman ni. Kesian kat anak.

P/S : Bila sang isteri mula nak tunjuk belang, maka sang suami pun nak tunjuk gak. So, sang isteri kenalah bijak jadi penyejuk dalam api. Jangan sebab ko dah belajar tinggi-tinggi, ko boleh pijak laki ko. An syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Paham-paham jela.
Love U Mr. Heart


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers