Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1 Gempak !
Wednesday, December 7, 2011 @ 12:47 AM | 0 Comment [s]




So, entry baru kali in adalah tentang Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1 yang aku tunggu dah lama. Dari tahu lepas kot. Akhirnya keluar gak. Kali ni kisah pontianak remaja semakin berkembang bila Bella Swan lakonan Kristen Steward, mengahwini lelaki yang amat dicintanya iaitu Edward Cullen lakonan Robert Pattinson yang juga merupakan seorang pontianak US, okeyh. 

Setelah 2 minggu berbulan madu di Isle Esme, Bella mendapati dia mengandungkan anak separa manusia-pontianak. Mereka kemudian cepat-cepat pulang ke Forks dan melalui saat-saat sukar. Sementara itu, puak serigala jadian yang diketuai oleh Sam merancang untuk membunuh anak itu dan Bella. Jacob membantah dan menubuhkan kumpulan yang baru yang disertai oleh Seth dan Leah.

Sementara Jacob dan ahli keluarga Cullen cuba melindungi Bella, Bella bergelut dengan bayinya sendiri apabila dia cuba melahirkannya. Bayinya selamat dilahirkan namun Bella mati disebabkan jantungnya terhenti sebelum sempat venom menracuni tubuhnya yang membolehkan dia menjadi pontianak.

Apabila Jacob mendapat tahu Bella sudah tidak bernyawa, dia mengambil keputusan untuk membunuh bayi yang dilahirkan oleh Bella. namun, semasa cuba membunuh bayi yang berada dalam pelukan Roselie, berlaku satu kejadian dimana Jacob dan bayi itu 'imprint' on each other dan menjadikan dia tidak boleh membunuh bayi itu kerana mengikut undang-undang semulajadi serigala jadian, apabila seekor serigala jadian meng'imprint'kan dirinya pada seseorang, dia tidak boleh dibunuh atau diapa-apakan.

Penutup cerita di tayangkan apabila keseluruhan tubuh Bella kembali normal dan bangun dengan bermata merah. Fuh, memang tak sabar nak tengok Part 2 pulak. Part 2 lagi best bila Volturi masuk campur dan kita akan dapat tahu apa kuasa yang dimiliki oleh Bella.

So, hope keluar cepatlah dari tarikh yang sepatutnya iaitu 16 November 2012. Lambatnya. Nak akhir tahun depan tuh. 


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers