Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Takziah Untuk Ku Dan Family
Friday, January 20, 2012 @ 7:39 PM | 2 Comment [s]


Tepat jam 7 petang, nenek aku yang aku gelar Tok Minah, Aminah Binti Beran, selamat kembali ke rahmatullah. Arwah pergi meninggalkan suami, 3 orang anak dan 8 orang cucu. Punca arwah pergi adalah kerana sakit tua.

Macam baca berita pulak. Haha. Ok. Straight to the point ok. Petang tu aku balik kampung dengan ibu and adik-adik. Masa nak balik tu, ibu bagitahu orang sana call cakap yang arwah dah sakit kuat. Tapi masa tengah isi minyak, ibu dapat call yang arwah dah meninggal. Mata ibu dah merah.

Sampai je ke perkarangan rumah, aku dah dengar suara orang baca yasin. Sayu je. Aku cepat-cepat tukar baju dan ikut sama membaca yasin.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang dirahmati oleh-Nya. Arwah banyak menabur jasa. Malah disenangi oleh rakan-rakannya.

Kami akan merindui kamu. Semoga berjumpa lagi di alam lain.

-Al-Fatihah-


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers