Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Boyfriend Aku Superb !
Thursday, February 16, 2012 @ 5:15 AM | 2 Comment [s]

Tajuk entri yang poyo kan ? Tapi betul la. Nak tahu kenapa aku cakap bf aku SUPERB ? Jom kita listkan.

1.  Yang pertama, bf aku tak macam boyfriend orang lain. Bf orang lain sibuk nak tahu apa jadi dengan life awek dia. Bf aku power. Dia tak suka ambil tahu sangat hal aku. Alasan dia, life tu life aku. Lepas kahwin baru dia boleh masuk campur betul-betul.

2.  Yang kedua, bf aku tak macam bf orang lain. Bf orang lain sibuk nak mesej 24 jam. Dalam tandas mesej, nak makan mesej, nak keluar pergi bandar mesej. Bf aku power. Terus call. Penat jari katanya kalau nak mesej. Malas pun ada. Bf aku tak suka mesej ni. Dia nak kitorang jadi couple yang different. Lagipun aku tengah kerja kan. Dia pulak belajar. Kenalah faham. Nanti mengganggu aktiviti harian.

3.  Yang ketiga, bf aku tak macam bf orang lain. Bf orang lain kalau awek dia merajuk ke, terasa ke, cepat je tangkap. Tapi bf aku power. Dia jenis malas nak layan. So, aku terasa macam mana sekalipun, dia takkan tahu. Lagipun buat apa dia nak ambil tahu. Dia tahu aku jenis macam mana. Gedik sendiri and suka terasa dengan apa yang dia cakap or buat.

So, lain kan bf aku dengan korang. POWER dan SUPERB kan ? Korang ada ? Aku ada. Keh3. jangan jeles ea. Aku je yang dapat bf macam dia. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Biarlah makan hati berulam jantung, ada pulak aku kisah. Okey, sampai di sini saja.

P/S : Hargailah apa yang kita ada sebelum semuanya terlambat. Jangan bila nyawa dah ditarik, baru nak mengadah pikir, kan bagus kalau dapat mesej hari-hari. Dapat dengar suara hari-hari dan paling best, dapat hidup bersama sebelum semuanya berakhir. Huhu ;-(

Love You !


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers