Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Dah Buat, Tinggal Tunggu Jep :)
Friday, February 17, 2012 @ 7:54 PM | 0 Comment [s]

Salam dan selamat pagi semua. Semalam aku dah pergi buat report. Kesian member sampai tertidur tunggu. Hehe. Seronok kot berborak dengan Sarjan Aznah yang sememangnya sporting giler. Masuk air kepala aku.

Ok, kita cerita dari awal ea. Aku sampai Balai Polis baru Batu Pahat dalam lingkungan jam 8.45 malam. Siap buat report kat kaunter depan, konstabel tu hantar aku pada Insp. Yeap. Wow, mamcam best je cuma pelik. Kes aku kan kes sexual. hantar pada inspektor, apa dia boleh buat ? Hm, takpelah. Tunggu jela. Rupanya betul sangkaan aku. Orang bawah salah hantar.

Bila orang bawah bagitahu aku kena berjumpa dengan Sarjan Aznah, aku tak expect pun yang dia tu masuk air macam aku. Keh3. Memang gelak je sepanjang perbualan kami. Dari ke orang tua miang tu sampailah ke boyfriend aku. Yang paling best, dia sibuk duk cakap yang aku cantik. Kuang kuang kuan. Bangga sekejap =P

Sarjan Aznah:Tak sedar diri punya orang tua miang. Ada hati nak anak dara orang. Dah nak mampus pun berangan nak orang cantik macam awak.
Aku: ........ Hm, cantik ke ? ( buat-buat tanya =P )
Sarjan Aznah:Mana tak cantiknya. Kalau tak cantik, ye dia tak 'jatuh hati' kat awak.(gelak)
Aku:(gelak sekali sambil bangga. nak meletup jantung sebab orang cakap kita cantik. perasan betul kan ? )


Begitulah perbualannya. Keh3. Bangga kot orang cakap kita cantik. Selalu boyfriend kita je yang cakap kita cantik. Hehe =P Perasan ek ? Haha.

Tapi bila difikirkan balik, orang yang cantik je yang selalu kena macam ni. Gangguan sexual yang melampau atau yang sederhana je macam aku. Tapi, bagi aku lah, aku ni bukan cantik mana pun sampai nak kena kacau sebegitu. Yelah, mungkin silap aku dari mulanya melayan je PAKCIK tu. Orang berbudi, kita berbahasa. Lagipun dia orang tua ganyut, kenalah hormat. Tapi akhirnya jadi macam ni pula kan. Nyesal lah.

Orang tua tu pun takde OTAK ke ? Umur aku mungkin sama umur dengan anak dia. Dia tak rasa ke yang dia macam buat gangguan sexual tu pada anak dia sendiri ? Tak sedar diri betul !!!!!!!!!!!!

Dahlah, biar pihak polis je yang selesaikan. Aku cuma nak keselamatan aku terjamin dan hope dia tak buat macam tu kat orang lain pulak ! Ok orang tua.

Salam =P

Miss him. Jaga diri elok-elok ye.  ♥


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers