Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Why We Islam Can't Celebrate Valentine's Day
Tuesday, February 14, 2012 @ 9:14 AM | 0 Comment [s]


Good morning. Hm, walaupun macam dah terlewat untuk buat entri ni, tapi aku nak jugak continue sebab aku nak jugak berdakwah bagi menegakkan agama aku iaitu ISLAM. So, jom kita mulakan.

Kenapa Islam MELARANG KERAS kita umatnya menyambut hari kekasih yang kononnya romantik dan memberi kebahagian ? Ok, salah satu dari sebabnya ialah, tarikh 14 Februari disambut kerana St. Valentine berjaya mengulingkan kerajaan Islam. Makhluk tu juga sebelum dijatuhkan hukuman mati, telah jatuh hati pula kepada anak perempuan kepada pegawai yang bertugas memenjarakan dia. Jadi, selalulah makhluk tu menulis surat cinta dan mengakhiri suratnya dengan ucapan, 'From Your Valentine'.

Jadi, di situ lah timbul Valentine's day. Selain itu, antara sebab lain adalah, pemesongan akidah yang disalurkan melalui 'hari kekasih'. Bila dah sambut Valentine's Day, mesti la bagi bunga, candlelight dinner dan akhirnya check in kat mana-mana. Aku bukan nak cakap aku baik sangat tapi dari situ kita dah nampak mana arah tuju acara selepas itu kan. Then bermula kitaran di mana anak-anak luar nikah dibuang merata-rata. Lebih memilukan dibunuh tanpa belas kasihan. Sudah lah buat dosa, ditambah lagi dengan dosa membunuh bayi yang tak berdosa tu. Takde OTAK ke ?!

Bila difikirkan balik, memang patut pun Islam HARAMKAN Valentine's Day tu. Disebabkan hari bededah tu, banyak insiden kurang enak terjadi. Banyak juga la perkara buruk terjadi. Sudah la, wahai orang Islam sekalian. Sedarlah. Islam MELARANG sesuatu dengan sebab. Cuba korang fikir balik, kenapa Islam HARAMKAN arak ? Sebab bila kita dibawah pengaruh arak, otak kita tak berfikir dengan jelas. Bila kita tak berfikir secara jelas, secara langsungnya kita akan berbuat dosa yang kita sendiri tak sedar hingga lah keesokkan harinya. Bayangkan jika arak di togak seseorang yang tinggi agamanya, tetap juga berlaku dosa yang secara tidak langsung. Bukak minda korang.

Aku tahu, sesetengah orang kenal aku siapa dan macam mana kehidupan lampau aku. Tapi sekarang, aku selalu munasabah diri. Aku semakin sedar yang kita sepatutnya menghampirkan diri dengan Tuhan, bukan mendekatkan diri dengan dosa. Aku insaf bila terkenangkan balik kehidupan aku masa di kolej. Insaf sehingga menggigil tubuh ni memikirkan kalau lah aku tidak sempat bertaubat, berkemungkinan besar NERAKA JAHANAM lah tempat tinggal aku selama-lamanya. Aku sedar sekarang.

Maka, marilah kita sama-sama melangkah keluar dari kepompong dosa. Berbuat baik untuk dapatkan pahala supaya kita punya bekalan jika di tanya di dalam sana. Bayangkan jika kita tidak sempat bertaubat, azab di dalam tu belum tentu kita dapat tahan apatah lagi di akhirat. Jadi, bertaubat sebelum terlambat. Aku dah. Korang jangan tunggu lama-lama. Setiap orang akan buat kesilapan. Tapi tak selamanya akan berbuat silap. Akan ada 1 masa kita akan tersedar dari mimpi yang panjang. Insya-ALLAH, Dia akan menolong hamba-Nya yang ingin mendekati-Nya.

Aku gak nak berterima kasih pada Mr. Heart aku yang selama ni banyak memberi motivasi dalam diri. Yelah, aku mengaku aku ni daif dalan soal agama. Tapi dengan bimbingan dia, aku mampu keluar dari kepompong dosa itu. Cuma aku harap dia sendiri pun berubah. Bukan dari segi agamanya, tapi perangainya. Kita bersama, kenapa depan orang nak berlagak seorang. Jangan nanti aku pun ikut sama perangai macam dia. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Bukan apa, kalau dah sayang buat cara sayang. Jangan layan aku macam tunggul takde perasaan. Aku tahu dia ada life dia. Takpelah. Enjoy la life dia tu sorang-sorang sebab maybe beberapa tahu lagi (itupun kalau ada lagi la tahun selepas 2012 ni, pengaruh tv banyak ni), kita akan kongsi hidup bersama. So, jangan masa tu baru nak belajar kongsi semua. Macam dah terlambat je. Takut nanti lepas kahwin pun masing-masing tak pandai nak berkongsi life. Jangan tanya kenapa la masa tu.

Pandai-pandai dia la ye. Aku sentiasa on je bila dia nak kat aku. I mean bila dia mesej or call. Bf kita call. Siapa tak teruja. Tapi jangan selalu sangat la biasakan diri duduk dalam life ko. Nanti aku pun terbiasa seorang-seorang. Payah pulak nak kongsi pape nanti. Yelah, dah selalu sangat seorang, bila berdua tak biasa. Paham-paham lah. Malas nak explain panjang.

So, itu jela untuk sesi hari ni. Penat menaip guna netbook yang kecik ni. Yelah, jari gemuk-gemuk. Orang asyik compliant je. Karang kurus, ramai pulak yang kejar. Takut ar. Steady je dulu. Kurus sedikit demi sedikit. Baru nanti orang TAK MUAK dan BOSAN tengok kita. Betul tak ? Yeay. Tepuk tangan untuk kita. Kihkihkih :-) Sakit otak dah aku ni.

Okey lah. Malas dah nak menaip. Esok kena bangun awal nak pergi somewhere else yang secret. Jeng jeng jeng. Nantikan entri untuk hari esok. Entah apa ek aku nak tulis esok. Tunggu, jangan tak tunggu.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi ! ♥



Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers