Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Cerpen Part 1
Thursday, March 1, 2012 @ 10:55 PM | 0 Comment [s]

Aku dan Dia

Telefon bimbit yang baru dihempas tadi, dikutip kembali. Setelah memasukkan kembali bateri ke dalam telefon bimbit itu, aku hidupkan kembali telefonnya itu. Mujur hidup semula. Kalau tidak, melayang duit aku. Sudahlah duit banyak nak guna untuk pembelanjaan seharian.

          Hati aku membara. Bru sebentar tadi, aku menjelaskan apa yang terjadi tapi lelaki itu masih tidak mahu memahami situasi yang sedang aku hadapi. mahu jelaskan guna tangan ? Aku mengetap bibir. Geram dengan perilaku lelaki itu.

          'Awak harus terima pinangan saya. Ibu dan ayah awak sudah setuju. Harap awak jangan membantah,'

          Mahu saja aku tampar lelaki itu. Suka hati dia saja nak paksa-paksa aku kahwin dengan dia. Ingat aku ni apa ? Membentak-bentak hati aku.

          Telefon bimbit aku berbunyi lagi. Siapa lagi kalau bukan si Hafiz yang menelefon. Aku hanya membiarkan saja sehingga senyap. Malas mahu melayan lelaki itu. Ada nanti telefon itu berkecai.

          Bangun saja pagi keesokkannya, aku terus bersiap ke tempat kerja. Kalau lewat je keluar, tentu akan tersangkut dalam kesesakan lau lintas. Biasalah. Kuala Lumpur. Kalau tak sesak pagi-pagi buta, bukan KL la namanya.

          Sedang aku memandu masuk ke Pavilion, telefon aku berdering lagi. Lelaki itu lagi! Terus aku menekan butang merah. Baru padan muka dia. Biar habis kredit dia. Berubah mood aku.

          "Mia, awalya sampai?" sambut Eika di muka pintu Butik Mia Eika. Berseri-seri wajahnya pagi ini. Seperti pengantin nak kahwin esok. Aku membalas senyumannya.

          "Biasalah. Bukan tiap-tiap hari aku datang awak ke ?" beg tangan jenama Carlo Rino kuletak di atas mejaku. Eika sedari tadi hanya mengekoriku ke dalam bilikku.

          "Takdelah, biasanya kau kalau tak pukul 10, jangan harap nak nampak batang hidung kau. Ni alih-alih pukul 9 dah terpacul depan butik. Mesti ada apa-apa ni," serkapnya. Aku hanya tersenyum kambing.

          "Eika, tak boleh ke aku datang awal ? Nak jugak jadi bos contoh macam kau. Pekerja tak masuk lagi, bis dah sampai dulu. Nak jugak macam tu," saja kupuji teman baikku yang sudah kukenali sejak 10 tahun yang lepas. Melebar senyuman di wajah Eika. Kembang la tu.

          "Banyaklah. Buat la kerja kau tu. Dah berlambak," setelah habis berkata, dia terus keluar dari bilikku dan pula terus memulakan kerja.

          Tengahhari berlalu. Eika berkali-kali mengajakku keluar makan namun aku tolak kerana tiada selera. Lagi pula kerja masih banyak yang tidak selesai. Kalau ditinggal, lagi bertangguh.

          Sedang aku menelek dokumen-dokumen pembekalan fabrik, telefon bimbitku berbunyi. Tanpa melihat nama pemanggil, aku terus menekan butang hijau.

         "Helo, assalamualaikum," ucapku. Alangkah terkejutnya aku bila yang menjawabnya ialah Hafiz. Kenapa aku boleh tak perasan dia yang telefon ? Gumam aku dalam hati.

          "Jom Mia. Kita keluar lunch. Hafiz dah ada kat depan butik Mia ni," pelawanya. Aku menrungut dalam hati. Kenapa nak ajak aku pula ? Malas betul.

          "Saya dah makan tadi. Malas nak keluar," tipuku. Berharap Hafiz percaya dan putus asa.

          "Mia tipukan? Baru tadi Hafiz call Eika, dia cakap Mia tak keluar lunch sebab takda selera. Am i wrong Mia Farisha?"

          Seperti ada batu besar terhempap kepalaku. Siaplah kau Eika. Kantoikan aku saja. Tergagap-gagap aku mahu menjawab.

          "Aah,aah. Bila pula saya cakap macam tu? Eika main-main je,"

          "Main-main? Takkan la Eika nak tipu Hafiz? Dah, Hafiz tak kisah, Hafiz tunggu kat luar ni 10 saat je. Kalau Mia tak keluar juga, Hafiz masuk. Biarlah orang nak cakap apa. Hafiz kira dari sekarang. 1.." kedengaran suaranya dari luar mengira.

          Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengalah. Tergopoh-gapah aku mencapai beg tangan. Sebelum nombor 9 aku sudah keluar dari butik itu.

          "Takut juga Mia ni. Takut kena rogol ?" guraunya. Aku cuma menjeling tajam. Setelah meninggalkan pesan pada Wani, kami terus ke destinasi. Dalam perjalanan, kami berdua hanya mendiamkan diri. Aku sendiri tiada apa yang mahu dicakapkan.

          Kami berhenti di hadapan Madam Kwan's Restaurant. Masuk saja di restoran itu, dia terus memesan makanan. Macam dah biasa saja makan sini. aku hanya memesan ala kadar saja. Perutku masih terasa sebu.

          "Kenapa Mia benci sangat pada Hafiz? Wedding kita dah dekat tapi kenapa Mia macam tak suka?" tanya setelah lama kami berdiamkan diri. Aku tersentak. Teruas kubetulkan posisi badan.

          "Saya cuma tak bersedia," jawabku. Cuba untuk tidak bertentang mata dengannya. Hafiz merengus.

          "Kalau tak sedia, kenapa teruskan?"

          "Jawapan itu pada awak. Saya dah berulang kali cakap saya tak sedia. Awak yang tak nak faham dan masih tak nak bincang hal ni dengan papa awak," giliran aku pula merengus. Blackberry Bold 9870 kepunyaanku, ku hempas ke atas meja tanda protes. Dia diam.

          "Hafiz dah cakap dengan papa tapi selagi dia tak dengar dari mulut Mia, dia takkan hentikan majlis ni,"

          Aku buntu...

* * *

Tinggal seminggu saja lagi aku akan bergelar isteri kepada Mohd Hafiz Bin Tan Sri Johari. Kepala otakku ligat memikirkan apa lagi cara untuk menghentikan majlis perkahwinan ini.

          Namun bila melihat wajah ibu yang gembira sangat menghias bilik kamarku, aku jadi buntu kembali. Tidak sanggup aku mahu menghancurkan hati wanita itu. Dia sudah banyak berkorban untukku.

          "Mia. Apa yang dimenungkan tu?" tegur seseorang dari belakangku. Aku menoleh. Eika mengambil tempat duduk di sisiku.

          "Entahlah Eika. Aku bingung. Aku tak tahu macam mana nak hentikan semua benda mengarut ni," luahku. Aku tahu, cuma Eika yang tahu apa yang bergolak dalam hatiku.

          "Mia, aku dah kenal kau dekat 10 tahun dah. Aku tahu apa yang kau takutkan. Cuba bagi Hafiz peluang untuk pulihkan luka kau tu," kata Eika. Serta-merta kenangan lama terimbas kembali. Tidak ada 1 hari yang kisah silam yang gelap itu tidak terimbas. Setiap masa ia berulang.

          "Aku tak nak. Aku takut Eika. Aku takut nanti bila aku dah sayang dia separuh mati, dia tinggalkan aku macam Ka.." aku tidak dapat menyebut nama lelaki itu. Dada aku sesak. Kenangan itu terlalu perit untuk diingati kembali. Air mataku nyaris mengalir. Cepat-cepat aku seka takut disedari oleh Eika.

          "Dahlah. Aku yakin Hafiz tak macam tu. Dia baik. Aku yakin dia mampu ubati luka kau tu," Eika mengusap bahuku. Dia tahu aku terlalu takut untuk membuka pintu hatiku. Terlalu takut untuk mencintai insan bernama lelaki.

* * *

Menjelang hari perkahwinan, aku masih tidak mampu berbuat apa-apa. Inai sudah di jari, baju penikahan sudah tersarung ditubuh. Tinggal masa untuk diijab kabulkan.

          "Pengantin perempuannya setuju ke tidak ni nak dinikahkan dengan Mohd Hafiz?" tanya Tok kadi. Aku terpinga-pinga. Kelu lidahku. Eika menyiku ku. Perasaanku bercampur baur. Apa yang harus kulakukan?

          Wajah Ibu yang berada di sisi ku ku tatap. Gembira sungguh wajah Ibu. Aku jadi tidak sampai hati. Lama-lama, aku mengangguk lemah. Tok Kadi tersenyum lebar.

          "Aku nikahkan akan dikau dengan Mia Farisha Binti Helmi dengan mas kahwinnya seutas gelang emas,"

          "Aku terima nikahnya Mia Farisha Binti Helmi dengan mas kahwinnya seutas gelang emas,"

          Dengan sekali lafaz, aku sudah bergelar isteri kepada Mohd Hafiz. Gugur air mataku. Bukan kerana gembira tapi kerana memikirkan masa depanku ditangan lelaki itu.

Bersambung........


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers