Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Akan Ku Buktikan Bahawa Aku Mampu Untuk Menjadi Suri Hatimu
Saturday, April 7, 2012 @ 8:40 AM | 0 Comment [s]

Salam. Haih, lepas berhenti dari Parkson tu, aku dah semakin jarang nak update blog kan. Itulah, kalau tak pasal line macam kura-kura, mesti aku update hari-hari. So, story hari ni adalah tentang DIA..

Dia, aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersangkut. Banyak yang aku belajar dari dia. Banyak yang dia curahkan padaku. Kadang-kadang aku dapat lihat diri aku dalam dirinya.

Baru aku mengerti apa sebabnya dia terlalu melindungi aku. Rupanya dia pernah mengalami pengalaman yang sangat pahit hingga membuatkan dia begitu.

Tidak apa sayang. Aku akan yakinkan kamu bahawa aku bukan seperti yang dahulu tu. Aku akan buat kamu yakin semula bahawa dalam dunia masih ada yang seperti kamu inginkan. Jika ada kekurangan ku, ku pohon ampun. Tiap manusia melakukan kesilapan.

Aku harap dia tahu yang aku dah mula SAYANG kat dia, yang aku dah mula AMBIL BERAT tentang dia. And hopefully, dia juga begitu. Aku sendiri taknak pisang berbuah 2 kali. Kalau yang dahulu tu suka-suka hati dia je nak main tinggal-tinggal aku ni, tak jaga perasaan aku, aku harapkan dia tidak begitu. Kerana aku bila dah sayang, aku akan lakukan yang terbaik untuk kekalkan hubungan itu.

Kadang-kadang jodoh kita mungkin bukan dengan orang yang kita dah lama kawan tapi mungkin juga dengan orang yang kita baru kenal. Hopefully macam tu sebab sekarang, aku rasa dialah THE ONE. Lelaki yang boleh dibuat calon suami dan bakal ayah kepada anak-anakku kelak :')

So, sesiapa yang baca blog aku ni, hope korang pun doakan semoga jodoh kami kuat dan hubungan aku dan dia kekal abadi hingga ke akhir hayat. 1 doa dah cukup untuk ubah masa depan seseorang. Amin~~

Semoga ALLAH S.W.T kuatkan jodoh antara kami berdua...



Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers