Nanie ♥ To Write
Welcome, welcome. Tekan sini untuk Follow atau tekan sini balik Dashboard.
Fikir Positif
Monday, June 11, 2012 @ 12:34 AM | 0 Comment [s]



Salam semua. Lama juga tak update blog. Macam dah berhabuk pulak kan. Hehe. Well, sibuk dengan pencarian kerja yang tiada pengakhirannya. Stres gak.

Dalam tempoh tu, banyak gak yang aku fikirkan. Dan apa yang aku fikirkan tak semuanya positif. Banyak negatif. Namun thanks to someone yang banyak bagi nasihat kat aku. Aku dah mula tenang. Apatah lagi sejak dah mengadap Yang Maha Kuasa, bertambah tenang jiwa kacau aku ni.

Ada lagi perkara yang aku fikir, tak semua yang kita rancang akan menjadi. Kuat macam mana pun kita pegang, jaga  dan jujur dengan pasangan kita, kalau dia bukan JODOH kita, tak jadi apa jugak. Jadi kita usaha saja. Tuhan tak temukan seseorang tu tanpa apa-apa sebab. Mesti ada hikmah. Kalau dia bukan JODOH kita, dia mungkin PENYELAMAT kita. Siapa yang tahu bukan.

Orang yang dah kawan bertahun-tahun pun boleh putus. Tapi yang baru kenal 5-6 bulan, dah selamat mendirikan rumah tangga. Itulah JODOH. Semua terletak di tangan yang MAHA ESA. Cuma kadang-kadang kita kena juga usaha. Kalau tak kita yang mulakan perbualan, tentu tak jadi apa bukan.

So, from now on, THINK POSITIVE. Jangan hanyut sangat dengan perasaan. Sesekali tu boleh la. Tapi jangan selalu. Okay. Wassalam..


Older Post | Newer Post
♥ Profile ♥


Assalamualaikum semua. Saya Nanie. Blog aku ni takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma pendapat aku dan cerita harian aku.
Tulis link korunk kat Tagboard

Entry Profile Mr. H My Love



♥ Tagboard ♥

♥ Aku ♥
Daisypath Anniversary tickers